Ahad, 25 Mei 2008

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit BerkedutParutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu MataAmbil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Tiada ulasan: